
Harga minyak mentah yang mula menstabil, apabila “chart pattern double bottom” terbentuk di rangkamasa carta 4 jam, memberikan nafas baru kepada Loonie. Petanda yang menunjukkan potensi dan kemungkinan komoditi itu bakal berubah arah dalam masa terdekat, walaupun trend mingguan dan harian masih lagi “bearish”. Kejatuhan lebih 50% dari paras tertinggi sekitar $117 setong pada jun lalu, adalah yang terburuk dalam masa 5 tahun.
Hari ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan NFP yang dijangka mengurang sebanyak 81 ribu pekerja kepada 240 ribu dan kadar pengangguran dijangka mengurang 0.1% kepada 5.7% Pada masa yang sama, Kanada pula bakal melaporkan penambahan pekerja sebanyak 15 ribu berbanding 10,700 yang hilang pekerjaan bulan lalu dan kadar pengangguran dijangka stabil pada 6.6% “Building permits” Kanada pula dijangka bertambah baik dari 0.7% kepada 1.0% Keadaan ini dilihat memihak kepada “Loonie” walaupun ianya lebih bersifat sementara. Para pedagang dijangka membuat “buy-on-dip”.























































