Dollar Yen yang menyusut lebih 50 pips pada sesi Asia, Khamis semalam, dari paras tertinggi sekitar 120.40; kembali memacu naik pada lewat petang Eropah untuk menutup lebih tinggi pada sekitar 120.75, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY untuk berada di atas pivot hari ini pada sekitar 120.40 Dollar Yen dilihat sedang berlegar-legar di pivot bulanan, sekitar 120.15 ketika artikel ini ditulis.
Di pasaran Amerika Syarikat, “unemployment claims” dilaporkan lebih baik dari jangkaan, pada 281 ribu berbanding 285 ribu pemohon dan data sebelumnya juga dikemaskini kepada lebih baik. Keadaan ini dilihat menyokong kearah kenaikan “interest rate” AS, sekaligus mengapungkan permintaan untuk Dollar. Dollar Index ditutup lebih tinggi semalam, pada sekitar 99.25
Di pasaran Jepun pula, pelaburan asing dilaporkan meningkat kepada lebih 4.1 trilion Yen berbanding sekitar 1.3 trilion Yen sebelum ini. Namun agak mengecewakan bila “machine tool orders” tahunan menyusut dari 36.6% kepada 14.6% Pengurangan hampir separuh pesanan untuk peralatan perkilangan ini, secara tidak langsung menunjukkan aktiviti perkilangan yang mengurang.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka dalam dagangan ‘ranging’ dan berhati-hati, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni