Dollar Yen menjunam lebih 170 pips pada satu jam pertama awal sesi Eropah Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 124.60 sebelum menutup sekitar paras 122.60; selepas komen-komen daripada Bank Jepun pada hari dagangan yang tenang. “Core machinery orders” bulanan Jepun keluar lebih baik dari jangkaan, 3.8% berbanding -2.0% dan 2.9% pada sebelum ini.
Dolar AS susut berbanding kebanyakan mata wang utama pada Selasa ekoran pasaran yang mula memberi tumpuan kepada laporan jualan runcit Amerika Syarikat hari ini. Jualan runcit AS lemah dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan telah menimbulkan kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi AS, menjejaskan jangkaan pasaran bagi Federal Reserve untuk mengangkat “interest rate” sebelum September.
Di pasaran Jepun pula, pegawai Jepun telah membuat komen yang bercanggah dengan dasar mata wang pada kebelakangan ini, menekankan dilema yang dihadapi Tokyo – Yen lemah adalah baik untuk ekonomi negara, kerana ia menjadikan barangan Jepun lebih murah, sekaligus meningkatkan eksport; tetapi boleh merumitkan hubungannya dengan Amerika Syarikat.
Pendakian Dollar minggu ini kepada paras tertinggi dalam masa 12 tahun berbanding Yen, umumnya dialu-alukan oleh pembuat dasar Jepun dan pengeksport terkemuka seperti Toyota Motor Corp. Kejatuhan Yen telah meningkatkan eksport dan pendapatan di banyak syarikat, hasil daripada dasar-dasar rangsangan oleh kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk merangsang pertumbuhan dan menamatkan deflasi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni