Dollar Yen terus memacu naik lebih 130 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 123.55 sebelum menutup sekitar paras 123.45; selepas tiada perjanjian dicapai dengan Greece, sekaligus meninggalkan pasaran dalam kebimbangan. Dollar Amerika Syarikat dan Yen, kedua-duanya mendapat permintaan ekoran masalah di Greece terus menekan para pedagang.
Fokus untuk pasaran ialah penyelesaian dalam rundingan antara Greece dan pemiutang antarabangsa, serta ucapan oleh pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen. Yellen mengelak dari topik Greece dan memberi tumpuan kepada ekonomi domestik Amerika Syarikat, dan mengulangi bahawa kenaikan “interest rate” pada akhir tahun ini adalah sesuai, tetapi mengakui prospek ekonomi masih tidak menentu.
Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan “retail sales” bulanan yang dijangka menurun dari 1.2% kepada 0.2% dan “core retail sales” yang juga dijangka menurun dari 1.0% kepada 0.7%. Tiada sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni