Dollar Yen terus merudum lebih 560 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 116.10 sebelum menutup sekitar paras 118.40; setelah dolar AS terus jatuh dan China menggegarkan keputusan Federal Reserve AS yang bakal dibuat dalam beberapa minggu. Pasaran global berada dalam ketakutan selepas penurunan pasaran ekuti Jumaat lalu.
Dolar AS diniagakan di atas ¥121 pada awal pagi Isnin di Tokyo, di mana dolar susut kepada paras hampir lima minggu terendah berikutan kebimbangan tentang prospek ekonomi global. ‘Safe-haven’ yen terus dibeli ekoran kebimbangan pertumbuhan ekonomi China yang perlahan dan membayangi ekonomi global, merudumkan komoditi dan pasaran saham dunia.
Pasaran Saham Tokyo menjunam pada awal dagangan hari Isnin, dengan indeks Nikkei jatuh lebih 500 mata, apabila sentimen pelabur telah dihancurkan oleh kejatuhan besar-besaran di Wall Street sebelum hujung minggu dan permintaan tinggi untuk yen berbanding dolar AS.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !