Dollar Yen memacu naik lebih 100 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 122.90 sebelum menutup sekitar paras 122.55; selepas para pedagang mencari keselamatan dalam matawang ‘safe-haven’ seperti Dollar dan Yen apabila Greece mengundi untuk menolak terma dan syarat ‘troika’. Berita dari China juga menggusarkan apabila kerajaannya bertindak untuk menghidupkan pasaran ekuiti yang mula kendur.
Indeks Nikkei telah memulih sedikit selepas jatuh 1.5% pada awal dagangan hari Isnin, apabila pasaran Asia dikejutkan oleh ketidakpastian dari Greece yang mengundi “no” bagi penjimatan dalam referendum Ahad lalu. Nikkei 225 diniagakan turun 1.4% pada 20,256.69, setelah sebelum ini jatuh 339,64 mata kepada 20,200.15, sehari selepas Greece mengundi untuk menolak syarat-syarat Euro-Zone bagi terus kekal dalam blok ekonomi mata wang tunggal itu.
Reuters melaporkan, pada hujung minggu bahawa broker dan pengurus dana berikrar untuk membeli sejumlah besar saham, dibantu oleh syarikat kewangan margin nasional yang disokong oleh China yang seterusnya akan dibantu oleh suatu saluran langsung bagi mudah tunai daripada bank pusat. China juga telah merancang menghentikan terbitan saham baru; dengan berpuluh-puluh syarikat melupuskan rancangan IPO mereka dalam kenyataan berasingan pada hujung minggu; suatu taktik yang pihak berkuasa China telah gunakan sebelum ini untuk menyokong pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni