Aussie dan Yen meneruskan lonjakan dalam sesi ini berikutan data yang kurang memberangsangkan dari China.
AUD/USD didagang meningkat 0.08%, manakala USD/JPY menurun 0.31%.
China melaporkan data CPI sebanyak 1.3% pada bulan Ogos menjauhi jangkaan awal sebanyak 1.7%, manakala data PPI merosot kepada -0.8%.
Sebelum data dari China dikeluarkan, Australia melaporkan data pinjaman perumahan bagi bulan Julai jatuh -4.2%. Sementara itu, data pembiayaan perumahan melonjak 0.5%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 94.93.
Semalam, Dollar mengurangkan kerugian apabila data pengangguran menunjukkan kemerosotan. Jabatan Buruh Amerika Syarikat mengumumkan tuntutan pengangguran awal berkurang sebanyak 4,000 kepada 259,000 berbanding minggu sebelumnya.
Di samping itu, ECB turut mengumumkan bahawa bank pusat tersebut enggan melaksanakan apa-apa langkah rangsangan tambahan memandangkan langkah yang diambil sebelum ini sudah dianggap berkesan.
Draghi berkata, buat masa sekarang, kadar faedah akan kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.