Aussie melemah dalam Sesi Asia pada Khamis selepas data imbangan perdagangan tersasar dari ramalan awal.
AUD/USD dan USD/JPY masing-masing didagang merosot 0.14% dan 0.01%.
Dalam masa yang sama, GBP/USD meningkat 0.05%, sebaliknya buat Euro yang turun sedikit berbanding matawang Greenback.
Australia melaporkan imbangan perdagangan bagi bulan Ogos defisit sebanyak A$2.01 billion.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar berbanding 6 matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 96.16.
Semalam, Dollar mencecah paras tertinggi pada Rabu selepas ahli Fed, Charles Evans berkata bahawa dia akur dengan kenaikan kadar pada bulan Disember jika sekiranya kebanyakan data menunjukkan peningkatan.
Sementara itu, data pekerjaan ADP bukan dari sektor perladangan dilaporkan menunjukkan peningkatan. Namun, tumpuan pasaran masih diberikan kepada kepada NFP yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.
Sterling kembali mencecah sekitar $1.27 selepas menyentuh angka terendah dalam tempoh 30 tahun kerana kebimbangan terhadap ‘hard Brexit’.
Euro pula mengukuh selepas ECB dikatakan akan mengurangkan program pembelian bon.