Dollar menguat berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat kerana data positif dari AS terus menyokong matawang gergasi ini.
Dalam masa yang sama, EUR/USD merosot 0.24% kepada paras terendah dalam tempoh 2 bulan.
US Dollar mula melonjak selepas data pada hari Khamis menunjukkan tuntutan pengangguran awal menurun sebanyak 5,000 pada minggu berakhir 1 Oktober.
Pasaran mula menantikan data NFP kerana Fed telah mengatakan sejak awal lagi bahawa data ini akan menentukan prospek kenaikan kadar pada masa akan datang.
GBP/USD juga didagang jatuh 1.23% untuk berdagang pada 1.2461.
Trader juga mengintai data pengeluaran sektor perkilangan UK kerana ‘hard Brexit’ terus menguasai dagangan matawang sterling.
Pound juga berada di bawah tekanan sejak kenyataan Theresa May mengenai proses formal UK bagi meninggalkan EU pada penghujung Mac akan datang.
USD/JPY juga dikatakan sedikit berubah kepada 103.88 daripada sesi sebelumnya.