GBPUSD – Analisa Mingguan 10 Okt – 14 Okt 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan minggu lepas, akhirnya GBPUSD berjaya breakout Key Support yang berada pada harga 1.2790 lalu meneruskan pergerakan bearish yang agak besar iaitu lebih kurang 800+ pips.
Mengikut analisa teknikal mingguan, Tim Analisa berpendapat GBPUSD masih dalam keadaan mood bearish dan berpotensi untuk membuat kenaikan retrace terlebih dahulu sebelum bearish.
Key Resistance yang berada pada harga 1.3080 masih dikekalkan sebagai harga yang terbaik dan agak sukar dicapai dan breakout. Jika breakout, GBPUSD akan mula bertukar mood dari bearish ke bullish.
EURUSD – Analisa Mingguan 10 Okt – 14 Okt 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Minggu lepas, jika diperhatikan ketidaktentuan harga pasangan matawang ini menyebabkan EURUSD sekadar membuat pergerakan sekitar zone antara Key Support dan Key Resistance.
EURUSD juga menunjukkan beberapa kali cubaan untuk breakout Key Support yang berada pada harga sekitar 1.1140/30 pada minggu lepas.
Minggu ini, Tim Analisa berpendapat EURUSD berpotensi untuk membuat pergerakan bearish jika berjaya breakout Key Support 1.1140.
Dan Key Resistance 1.1260/80 juga perlu diberi perhatian, jika breakout ia berkemungkinan akan menguji harga yang lebih tinggi.