GBPUSD – Analisa Mingguan 24 Okt – 28 Okt 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Pada minggu lepas, GBPUSD masih gagal untuk breakout Key Resistance yang berada pada harga 1.2330 untuk meneruskan kenaikan ‘retrace’ ataupun pergerakan bullish.
Jadi untuk minggu ini, Key Resistance 1.2330 masih dikekalkan sebagai harga terbaik bagi menentukan samaada GBPUSD mampu untuk meneruskan pergerakan bullish ataupun tidak.
Jika breakout Key Resistance, target mingguan yang boleh dijangkakan boleh dicapai adalah pada harga 1.2450/60.
Tim Analisa berpendapat GBPUSD masih dalam mood bearish dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat kenaikan bullish semula.
Oleh itu, Key Support untuk minggu ini 1.2114/00 juga perlu diberi perhatian.Jika breakout ia mampu untuk mencapai harga yang lebih rendah iaitu 1.2012/00.
EURUSD – Analisa Mingguan 24 Okt – 28 Okt 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Pada minggu lepas, EURUSD telah berjaya breakout Key Support yang berada pada harga 1.0970 dan mencapai harga target sekitar 1.0910 dan seterusnya berjaya mencapai harga support sekitar 1.0860.
Mengikut analisa teknikal untuk minggu ini, Tim Analisa berpendapat EURUSD masih berada dalam mood bearish berikutan terbentuknya ‘candlestick bearish reversal’ dan berpotensi untuk membuat kenaikan ‘retrace’ ke sekitar Key Resistance minggu ini sebelum bearish semula.
Tetapi jika breakout Key Support 1.0850 pada awal minggu ini, ia berpotensi untuk mencapai target sekitar harga 1.0800 ataupun 1.0714.
Key Resistance minggu ini berada pada harga yang terbaik iaitu 1.0970 dan jika breakout ia mampu mencapai harga seterusnya 1.1030.