Harga minyak mentah mula rebound dalam sesi Asia selepas jatuh lebih 3% dalam sesi sebelum ini. Data dari kumpulan industri menunjukkan angka penggerudian di Amerika Syarikat yang lebih kecil dari jangkaan.
Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan stok simpanan minyak mentah sebanyak 1.4 juta tong bagi minggu berakhir 9 September. Angka ini lebih kecil dari 3.8 juta tong yang diramal oleh penganalisis. Kerajaan Amerika Syarikat akan mengeluarkan data rasmi pada hari ini.
Brent mentah didagang pada $47.34 setong, meningkat 24 sen.
Sementara itu, WTI mentah didagang meningkat 29 sen.
Harga minyak mentah merosot semalam selepas data dari IEA menunjukkan kelembapan permintaan yang dijangka bakal berterusan sehingga separuh pertama 2017.
Menurut Bank ANZ Australia, harga semakin memberat selepas data terbabit dikeluarkan.
Berita Ini Mungkin Boleh Menenangkan Rakyat Malaysia Yang Semakin Risau Dengan Ekonomi!