Dollar terperangkap dalam nilai terendah apabila pasaran terus memberi fokus kepada data yang bakal diumumkan Jumaat ini.
US Dollar dinilai pada 101.250 yen selepas hanya berlegar sekitar nilai 101.460 dan 100.870.
Sementara itu, Euro stabil pada $1.1180 setelah mencatat keuntungan 0.2% semalaman. US Dollar Index juga hampir tidak berubah selepas melemah pada Isnin.
Matawang gergasi itu masih dalam keadaan bertahan walaupun data yang dikeluarkan Jumaat ini diramal mengecewakan. Pasaran bertumpu kepada harga pengguna, data perumahan, dan industri untuk gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi ekonomi terbesar itu.
Pun begitu, US Dollar dinilai lebih baik berbanding Pound, apabila Pound terus mencatat kemerosotan berterusan sejak Brexit.
Selain itu, data harga rumah British yang menurun semalam menyebabkan nilai Sterling tergelincir sebanyak 0.3%.
Lebih membimbangkan, Pound semakin menghampiri paras $1.2798 iaitu tempoh terendah dalam tempoh 31 tahun. Nilai ini jelas menunjukkan ekonomi UK menghadapi risiko kemerosotan dan berkemungkinan bakal menjalani satu lagi fasa pelonggaran dasar kewangan selanjutnya oleh BoE.
Ketua strategi matawang di Mizuho Securities, Tokyo, Yamamoto menjangkakan nilai Pound akan turun serendah $1.200 menjelang akhir tahun ini.
Di tempat lain, Dollar Kanada mencapai nilai tertinggi dalam tempoh sebulan semalam, manakala Dollar Australia dicatat stabil pada Isnin.
Kisah selanjutnya bakal buat anda tidak senang duduk. Klik di pautan ini sekarang!