Harga minyak jatuh pada awal sesi berikutan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pelatar penggerudian di Amerika Syarikat. Para pelabur yang mengambil kesempatan terhadap keuntungan hampir 1% pada semalam juga telah memaksa harga komoditi itu didagang lebih rendah hari ini.
Pasaran juga dijangka meneliti data yang bakal dikeluarkan China lewat hari ini bagi petunjuk kekuatan pasaran minyak mentah.
Brent mentah pula diniagakan pada $47.98 setong, turun 34 sen.
Sementara itu, WTI mentah Amerika Syarikat dicatat menurun sebanyak 41 sen.
Harga yang merosot pada Selasa menjadi bukti bahawa aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat masih menjadi kebimbangan walaupun harga minyak ditutup tinggi semalam.
Ketua penganalisis pasaran CMC Market, Ric Spooner mengatakan bahawa pelabur mengambil keuntungan yang sangat besar berikutan penurunan rekod simpanan minyak mentah minggu lepas.
Selain itu, Bank ANZ Australia berkata, data dari China pada hari ini bakal meletakkan harga minyak mentah dibawah tekanan jika laporan yang dikeluarkan mengecewakan pasaran.
Anda kenal siapa Jack Ma? Anda tahu kenapa beliau cemburu dengan mereka yang berpendapatan sederhana? Baca disini!