Harga emas mula berlegar di paras keuntungan dan kerugian sederhana pada Rabu berikutan fokus pelabur yang mula beralih kepada data NFP yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.
Sementara itu, pasaran di China masih ditutup sehingga akhir minggu ini. Di Bahagian Comex New York Merchantile, emas jatuh 0.02% satu troy ounce.
Bagi komoditi lain, silver futures meningkat 0.16% manakala copper futures merosot sebanyak 0.05% sepound.
Semalam, harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh 2 minggu berikutan penguasaan US Dollar terus memberi tekanan kepada logam berharga.
US Dollar mengukuh selepas Institut Pengurusan Bekalan berkata pada Isnin bahawa indeks pembuatan meningkat kepada 51.5 bulan lepas daripada bacaan Ogos sebanyak 49.4.
Tumpuan mula beralih kepada data NFP pada Jumaat bagi petunjuk yang lebih jelas mengenai jangka masa kenaikan kadar oleh Fed.