Aussie mencatat keuntungan awal pada Isnin selepas Bank Pusat Australia menyatakan ketidakpastian dalam ramalan inflasi.
AUD/USD didagang meningkat 0.05%, manakala USD/JPY menurun 0.22%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback jatuh 0.03% kepada 95.55.
Semalaman, US Dollar jatuh pada Isnin memandangkan ekonomi terus mencatat penurunan. Hal ini meningkatkan lagi kemungkinan untuk langkah-langkah rangsangan tambahan daripada bank-bank pusat utama untuk masa akan datang.
Pada suku ini, ekonomi Jepun berkembang sebanyak 0.2% dari bulan-bulan sebelum ini. Namun, nilai ini ternyata jauh dari ramalan awal yang menjangkakan peningkatan 0.7% sekali gus menandakan kelembapan dalam ekonomi negara itu. Data ini dikatakan berpunca daripada pelancaran 28 trillion yen pelan rangsangan baru-baru ini bagi mengelak deflasi.
Selain itu, kebanyakan bank pusat utama terus mengaplikasikan dasar interest rate negatif bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Jangkaan kenaikan kadar oleh Fed juga semakin pudar untuk jangka masa akan datang.
Sebelum ini, pada Disember, Fed telah meluluskan 25 mata asas kenaikan kadar, dan menjangkakan kenaikan sebanyak 4 kali dalam tahun ini. Namun, setakat ini, FOMC masih meninggalkan kadar pada tahap yang stabil untuk tahun ini berikutan data yang bercampur-campur terus membawa kebimbangan terhadap pasaran.
Sebarang kenaikan kadar oleh FOMC tahun ini dilihat sebagai kenaikan harga untuk Dollar.