Harga minyak mentah meningkat sedikit dalam sesi ini selepas dikejutkan dengan ramalan pengurangan bagi stok simpanan. Pelabur juga menunggu data rasmi yang bakal dikeluarkan pada hari ini.
Minyak mentah bagi penghantaran November melonjak 1.79% kepada $44.84 setong. Brent mentah juga mencatat peningkatan sebanyak 1.24%.
Institut Petroleum Amerika melaporkan pengeluaran sebanyak 7.5 juta tong minggu lepas kerana saham petrol jatuh mendadak, serta inventori sulingan meningkat 1.4 juta tong.
Selain itu, harga minyak mengalami kerugian sehingga jatuh ke tahap terendah dalam tempoh hampir 6 minggu.
Kejatuhan itu juga dikatakan berpunca daripada kenyataan Presiden Venezuela yang melihat keperluan minyak mentah untuk jatuh sebanyak 10%. Hal ini bagi memastikan pengeluaran seiring dengan tahap penggunaan.
Ahli OPEC bersama beberapa pengeluar utama akan bertemu pada 26 hingga 28 September untuk membincangkan isu lebihan global. Persidangan tersebut bakal diketuai oleh Russia di Algeria.
Keputusan dari pertemuan ini amat dinanti sejak sebulan yang lalu setelah cubaan pembekuan bekalan sebelum ini gagal.
Boleh Berdesing Telinga Baca Perkara Yang Anda Selalu Lupa Buat Inii!