Harga minyak sedikit tergelincir dalam sesi ini berikutan sebahagian penganalisis masih meragui rundingan yang bakal diadakan pada bulan depan dapat mengekang lebihan bekalan.
Peningkatan produk tapisan yang dieksport dari China juga menolak harga menjadi semakin merosot. Peningkatan ini memberi petunjuk mengenai lebihan bahan api yang berterusan.
Data eksport China bagi produk diesel dan petrol meningkat sebanyak 181.8 dan 145.2 peratus. Hal ini sekali gus meletakkan tekanan ke atas produk tapisan.
Brent futures dilaporkan susut 95 sen, sementara itu WTI mentah susut 84 sen.
Menurut Morgan Stanley, mereka berpendapat bahawa rundingan akan datang tidak akan dapat mencapai kata sepakat berikutan terlalu banyak cabaran dan halangan.
Ahli OPEC dan pengeluar lain seperti Russia bersedia untuk bertemu pada bulan September untuk membincangkan tahap pembekuan bagi mengekang lebihan bekalan.