Harga emas mula menunjukkan peningkatan pada sesi ini berikutan data positif dari China.
Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat 0.11% satu troy ounce.
China merupakan pembeli emas kedua terbesar dunia dibelakang India. China dalam laporan hari ini mengumumkan imbangan perdagangan meningkat $52.05 billion. Walaupun data eksport negara itu menurun, data import masih kukuh dengan peningkatan sebanyak 1.5%.
Semalaman, harga emas mencatat peningkatan kepada angka tertinggi dalam tempoh 3 minggu.
Sementara itu, jangkaan kenaikan kadar oleh Fed semakin melebur rentetan data yang agak mengecewakan dari US baru-baru ini.
Pengasas Ali Baba Ini ada pesanan untuk anda! Baca disini.