WTI Crude Oil dilihat menjunam hampir 80 sen (US Dollar) sekitar petang tadi waktu Malaysia.
Sejak cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki, dikhabarkan terdapat kebimbangan terhadap 3% Oil Supply yang merentasi Selat Bosphorus. Tetapi banyak sumber melaporkan itu bukanlah kebimbangan sebenar yang menyebabkan Oil jatuh lebih 80 sen hari ini.
Antara perkara lain yang dilihat menjadi punca harga minyak mula jatuh adalah disebabkan kemungkinan kembalinya minyak dari Libya ke dalam pasaran minyak.
Libya adalah antara pengeluar minyak yang berpengaruh buat masa ini. Ia menjana 100,000 tong sehari. Tetapi angka itu masih jauh daripada jumlah yang pernah dikeluarkan Libya iaitu 1.6juta tong sehari ketika era pemerintahan Muammar Ghadafi.
Pada bulan May, diberitakan terdapat mogok yang dilancarkan oleh pekerja di Libya yang tidak menerima gaji. Mogok ini telah menyekat 600,000 tong minyak dan menyebabkan 90,000 barrels per day (BPD) telah hilang dari pasaran.
Jumlah pengeluaran minyak Libya dijangka bakal kembali pulih kerana pergolakkan di Libya sudah kembali stabil. Ia bakal memberikan kesan besar jika Libya kembali kepasaran kerana terdapat lambakan minyak dalam pasaran.