US Dollar hampir tidak berubah dari paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu berbanding matawang utama pada hari Isnin.
EUR/USD melonjak sebanyak 0.13%.
US Dollar mengukuh semenjak data jualan runcit dikeluarkan mengukuh pada bulan September, selari dengan jangkaan awal pasaran.
Data ini sekali gus menambah lagi kekuatan matawang gergasi yang sudah sedia mengukuh gara-gara pandangan ahli Fed mengenai kenaikan kadar baru-baru ini.
Bagi minggu ini, trader akan memberi fokus kepada data pengeluaran perindustrian dan aktiviti pengilangan di New York untuk gambaran yang lebih jelas mengenai kekuatan ekonomi semasa.
USD/JPY pula dicatat menghampiri kemuncak tertinggi dalam tempoh 2 bulan.
Sementara itu GBP/USD dinilai merosot.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 98.04.