Harga minyak mula berpatah balik dari meneruskan keuntungan pada Selasa selepas Iraq melaporkan untuk meningkatkan eksport minyak mentah kira-kira 5% dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Menurut Bloomberg News, pegawai di pusat minyak utara Iraq, Kirkuk berkata, pengeluaran minyak mentah akan meningkat kira-kira 150,000 tong sehari.
Walaupun harga minyak mentah meningkat sejak permulaan Ogos berikutan spekulasi pembekuan bekalan oleh OPEC, Goldman berpendapat bahawa pertemuan itu ibarat kisah dogeng. Hal ini kerana, tiada tanda-tanda pengurangan bekalan dari Nigeria, Iraq, dan Libya.
Jadi, Goldman meneruskan ramalannya kepada $45-$50 setong bagi minyak brent sepanjang musim panas yang bakal tiba.
Sebelum ini, pasaran dilihat begitu gembira dengan khabar angin ini. Pun begitu, ahli strategi, Adam Longson berpendapat bahawa pertemuan yang bakal diadakan nanti tidak mungkin akan mencapai kata sepakat.
Anda ada cerita untuk dikongsi? Luahkan perasaan anda sebagai seorang trader disini!