Emas melonjak lebih tinggi pada hari Khamis dalam sesi Asia apabila para pelabur masih menanti keputusan siri terakhir debat antara Trump dan Hillary Clinton.
Emas didagang meningkat sebanyak 0.06% satu troy ounce dalam sesi dagangan ini. Lonjakan turut dibuat oleh silver futures, manakala copper futures kekal pada paras stabil.
Semalam, harga logam kuning ini didagang mengukuh disebabkan data perumahan AS terus memberi tekanan buat US Dollar.
Data perumahan di AS mula jatuh pada bulan September, namun masih menunjukkan peningkatan terhadap rumah keluarga tunggal. Bilangan permit perumahan yang dikeluarkan bulan lepas juga meningkat.
Logam kuning dianggap sensitif kepada pergerakan US Dollar kerana dinilai berbanding matawang geregasi itu.