US Dollar bergerak lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain dalam sesi ini apabila pasaran terus dilihat yakin terhadap prospek peningkatan kadar oleh Fed. Pasaran juga memberi menanti ucapan yang dianggap penting dari Janet Yellen pada hujung minggu ini.
EUR/USD merosot 0.32% kepada 1.1023.
US Dollar mengukuh selepas bebrapa ahli Fed pada Rabu menyokong kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat.
Selain itu, kekutan matawang ini juga disumbang oleh data tuntutan awal pengangguran yang semakin baik untuk minggu berakhir 8 Oktober.
Dalam sesi dagangan ini, GBP/USD jatuh 0.52%.
Sementara itu, USD/JPY meningkat 0.35%, mendekati paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 97.82.
Sokongan IMF Diperlukan Untuk Menyelamatkan Greece Dari Beban Hutang