Perdagangan antarabangsa perlu meningkat untuk menstabilkan ekonomi dunia. Menurut Reuters, undian para penganalisis ekonomi menunjukkan mereka masih belum melihat pengakhiran kepada rangsangan monetari (kewangan) bank-bank pusat dunia yang agresif.
Hal ini menjelaskan bahawa ekonomi dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Pada masa ini negara-negara besar masih mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang rendah dan mungkin mengambil masa yang lama untuk naik pada kadar yang optimum.
Kebanyakan bank pusat menjalankan polisi akomodatif (accommodative). Polisi akomodatif bermaksud, bank pusat menaikkan penawaran wang dalam ekonomi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Contohnya, menurunkan kadar faedah seperti yang dilakukan Jepun, EU, dan UK.
Hanya bank pusat Amerika (Federal Reserve) sahaja yang menaikkan kadar faedahnya.
Sesetengah negara seperti India berada dalam keadaan yang tidak baik. Ekonomi Australia mungkin akan terus stabil lagi beberapa tahun ke depan. Brazil juga berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan.
China pula, sebagai ekonomi kedua terbesar dunia adalah enjin kepada pertumbuhan ekonomi dunia, namun pertumbuhan yang perlahan sejak beberapa tahun ini memberi kesan buruk kepada perdagangan dunia.
Ekonomi Amerika pula dijangkakan tidak menepati ramalan pertumbuhan 2 peratus pada tahun hadapan. Mungkin disebabkan pasaran buruhnya yang agak perlahan.
Eropah pula, dijangka akan terus berada fasa pertumbuhan yang perlahan dan inflasi yang sangat rendah. Hal ini banyak dipengaruhi oleh risiko Brexit yang mana UK akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dua tahun lagi secara rasmi.
Pun begitu, para penganalisis menjangkakan 2017 akan menjadi lebih baik daripada tahun ini.
Ramalan hampir 500 penganalisis ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada kadar 3.2 peratus tahun depan berbanding 2.9 peratus tahu ini.