Harga minyak mentah melonjak dalam dagangan hari Selasa sementara menanti data simpanan minyak mentah di AS.
Harga minyak mentah dicatat meningkat 0.58% kepada $50.32 setong, begitu juga dengan brent mentah.
Dalam pada itu, Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan anggaran stok minyak mentah pada hari Selasa, diikuti dengan data rasmi oleh Jabatan Tenaga AS pada Rabu.
Semalam, harga minyak mentah masih berada di paras $50 setong gara-gara persetujuan anggota OPEC dengan pengeluar utama sebelum ini.
Pun begitu, sesetengah penganalisis pasaran masih kekal skeptikal, sehingga OPEC memuktamadkan keputusan perjanjian itu di Vienna November nanti.
Artikel Ini Untuk Anda Yang Masih Tak Faham Kesan Perubahan Dasar Kepada Forex Trading!