Dagangan emas kekal stabil dalam sesi ini setelah terperangkap dalam nilaian terendah bagi sesi sebelum ini. Logam kuning ini tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding sesi sebelumnya.
Selain itu, tumpuan pasaran terus diberikan kepada prospek kenaikan kadar oleh Fed pada Jumaat ini.
Selanjutnya, emas dijangka stabil untuk minggu ini sementara menunggu data GDP yang bakal diumumkan pada penghujung minggu. Data ini juga begitu penting bagi mengukur tahap ekonomi Amerika Syarikat yang boleh menentukan hala tuju harga emas pada masa akan datang.
Wang tidak boleh beli segalanya! Tak percaya, baca artikel ini dulu!