Aussie merosot pada hari Rabu selepas Data Harga Pengguna (CPI) dikeluarkan lebih lemah dari yang dijangka.
AUD/USD didagangkan pada 0.7497, menurun 0.08%. Sementara itu, USD/JPY berubah kepada 105.18, meningkat 0.52%.
Di Australia, Data CPI bagi suku kedua menunjukkan peningkatan suku ke suku dari yang dijangkakan. Manakala, nilai bagi tempoh tahun ke tahun menurun sekitar kadar 1.1%.
Jadi, inflasi tahun ke tahun yang merupakan angka penting bagi pasaran dan bank simpanan, dilihat melonjak 1.5% dari jangkaan.
Jadi, keputusan yang menggugat banyak reaksi ini masih mengundang kemungkinan untuk pemotongan kadar pada mesyuarat lembaga RBA bagi bulan Ogos. Keputusan ini juga banyak bergantung kepada pandangan RBA mengenai tekanan inflasi pada masa akan datang.
Semalaman, US Dollar Index jatuh, namun masih kekal pada nilai tertinggi dalam tempoh 4 bulan menjelang keputusan mesyuarat Fed.
Pada hari Rabu, indeks meningkat 0.06%.
Secara umumnya, indeks dilihat tidak berubah sejak 8 bulan lalu, selepas tempoh 7 tahun Dasar Sifar Kadar Faedah ditamatkan.