Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dalam kalangan 138 negara dalam Laporan Daya Saing, Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Malaysia turun sebanyak 7 anak tangga dari tempat ke-18 pada tahun 2015 berikutan penurunan dalam skor 8 petunjuk utama yang mengukur aspek makro dan mikroekonomi.
Antara aspek yang dinilai termasuklah institusi, infrastruktur, makroekonomi alam sekitar, kesihatan dan pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan perniagaan dan inovasi.
Sementara itu, Switzerland menduduki tangga pertama paling berdaya saing di dunia bagi tahun kelapan berturut-turut, mendahului Singapura, Amerika Syarikat, Belanda dan Jerman.
Pun begitu, WEF memberikan pandangan bahawa Malaysia kekal sebagai ekonomi baru, terbaik di Asia, berikutan prestasinya yang kekal kukuh dan konsisten.
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kejatuhan ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan US Dollar, kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China.
Selain itu, persepsi politik juga menjadi salah satu punca terhadap kejatuhan ranking dunia ini.
Walaupun kedudukan ini agak mengecewakan, kerajaan dikatakan akan mengambil langkah-langkah yang dirasakan perlu dengan segera bagi meningkatkan kadar daya saing negara.
3 Mindset Yang Tidak Harus Anda Ketepikan Jika Ingin Jadi Manusia Berjaya