Dollar Australia dan New Zealand bergerak perlahan berbanding matawang gergasi pada Selasa walaupun data Australia dikeluarkan positif. Hal ini berikutan komen dovish dari pegawai Fed dan penurunan harga minyak mentah yang kekal memberi tekanan kepada matawang komoditi.
AUD/USD merosot 0.52%.
Pada awal Selasa, Bank National Australia melaporkan indeks keyakinan perniagaan meningkat berbanding bulan lepas.
Sementara itu, matawang Greenback masih berada dibawah tekanan sejurus selepas Lael Brainard memberi komen. Beliau berpendapat agar kadar tidak dinaikkan terlalu cepat.
Komen itu dikeluarkan selepas Presiden Fed Boston, Eric Rosengren berkata bahawa penurunan kadar akan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika Syarikat.
Sementara itu, NZD/USD merosot kepada 0.31%.
Sentimen terhadap matawang komoditi kekal rapuh selepas harga minyak dunia meningkat lebih rendah.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.20, meningkat sebanyak 0.08%.