Harga emas meningkat perlahan berikutan pelbagai pandangan mengenai kenaikan kadar oleh Fed.
Di bahagian Comex, emas bagi penghantaran hadapan meningkat sebanyak 0.74% dan silver futures turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.63%. Sementara itu, copper futures menerima nasib sebaliknya apabila merosot sebanyak 0.14%.
Semalaman, harga emas merosot memandangkan jangkaan mengenai kenaikan kadar semakin meningkat.
Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart juga berpendapat bahawa terdapat pelbagai pendapat mengenai kenaikan kadar sebelum ini.
Beliau tidak mengundi sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang akan menentukan kadar sehingga 2018. Pun begitu, beliau berpendapat bahawa sebarang keputusan oleh FOMC akan dapat diguna pakai dalam tempoh jangka masa sederhana.