Mohamed El-Erian memberitahu ucapan Presiden Federal Reserve Janet Yellen jumaat lalu memberi klu bahawa mereka bersedia untuk menaikkan interest rate tahun ini HANYA jika data pekerjaan minggu hadapan positif.
“Jika kita mendapat laporan pekerjaan yang sangat signifikan, sekurangnya 200,000 ke atas, dengan peningkatan gaji yang tinggi, ini tidak akan menghalang Fed daripada menaikkan interest rate pada tahun ini, mungkin September, jika tidak September, semestinya Disember”, kata El-Erian, ketua penasihat ekonomi Allianz SE.
“Ingat, semua tu bergantung kepada laporan pekerjaan minggu hadapan”.
Menurut Yellen di Jackson Hole, kebarangkalian peningkatan interest rate menguat apabila Fed memberitahu ekonomi sekarang adalah mendekati harga yang stabil dan pekerjaan yang cukup.
Mesyuarat seterusnya adalah pada 20-21 September dan Yellen tidak memberitahu waktu yang spesifik bilakah yang terbaik untuk menaikkannya.
Jangkaan peningkatan interest rate September meningkat daripada 32% kepada 38%. Dan jangkaan Disember pula meningkat daripada 57% kepada 62%.
Klik sini untuk tahu rahsia kemanisan menjadi seorang trader.