Presiden Amerika Barack Obama pada Selasa, menggantung aktiviti carigali minyak dan gas di lautan Atlantik dan Arktik dalam usahanya untuk melindungi alam sekitar sebelum Donald Trump memasuki White House bulan hadapan.
Persatuan pencinta alam sekitar mengatakan, pentadbiran baru perlu ke mahkamah untuk membolehkan aktiviti carigali ini diteruskan di kawasan ini.
Trump yang akan menggantikan Obama pada 20 Januari ini telah mengatakan mahu meningkatkan aktiviti carigali minyak dan gas. Hal ini akan meningkatkan pengeluaran di laut Chukchi dan Beaufort dan juga kawasan selatan lautan Atlantik.
Institut Petroleum Amerika (API) menyatakan pendapat mereka yang tidak bersetuju tentang penggantungan kekal oleh Obama. Tambah mereka lagi, Trump akan menggunakan kuasa presiden untuk melawan semula penggantungan ini.
Penduduk tempatan di kawasan pantai Atlantik telah membuat bantahan carigali di kawasan ini dan akan membantah pentadbiran Trump jika ada cubaan untuk meneruskan aktiviti carigali ini.
Penduduk Atlantik enggan membenarkan kehidupan mereka dikompromi seperti yang dinyatakan oleh Jacqueline Savitz Naib Presiden Pertubuhan Konservansi di Florida.
Tambahnya lagi, pentadbiran Obama untuk melindungi pantai Atlantik adalah ‘keputusan bijak’ kerana ia akan melindungi sektor pelancongan dan industri perikanan dalam komuniti pantai timur Amerika.