Kebanyakan pelabur menarik nafas seketika setelah harga minyak mencatat 3 hari yang mengagumkan dan melonjak hampir 10%. Lonjakan ini berlaku ketika pengeluar minyak utama sedang menimbang semula pembekuan pengeluaran bagi meningkatkan prestasi pasaran minyak mentah.
Di ICE Futures Exchnage di London, minyak Brent bagi penghantaran Oktober meningkat 6 sen.
Sementara itu, minyak mentah di New York Merchantile turut mencatat lonjakan sebanyak 7 sen.
Harga minyak mentah meningkat hampir 10% dalam tempoh 3 sesi dagangan. Perkembangan ini dilihat sejak Khamis lalu selepas Menteri Tenaga Arab Saudi berkata, negara pengeluar minyak mentah akan mengadakan perbincangan di Algeria bulan depan.
Selain itu, Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak berkata pada Isnin, negaranya sedia untuk mengehadkan pengeluaran jika perlu untuk mencapai kestabilan pasaran.
Walau bagaimanapun, peserta pasaran masih ragu-ragu bahawa mesyuarat itu akan mencapai apa-apa tindakan yang konkrit berikutan cubaan pembekuan bekalan sebelum ini gagal.
Tanda-tanda pemulihan yang berterusan di AS, selain lonjakan saham yang tinggi terhadap produk bahan api diseluruh dunia dijangka masih menolak harga ke paras terendah dalam tempoh terdekat.
Menurut pembekal medan minyak Baker Hughes, bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat minggu lepas meningkat sebanyak 15 hingga 396.
Peningkatan berterusan dalam AS aktiviti penggerudian menyemarakkan spekulasi bahawa kebimbangan terhadap lebihan pasaran akan berterusan untuk jangka masa akan datang.
Disamping itu, peserta pasaran sedia mengalihkan tumpuan mereka kepada data simpanan minyak mentah dan produk tapisan mingguan dari AS.
Kumpulan industri Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan laporan mingguan pada Selasa, 04:30 ET (20: 30GMT) Data rasmi dari Pentadbiran Maklumat Tenaga pula bakal dikeluarkan pada Rabu.