Presiden Perancis, Francois Hollande mengatakan bahawa keputusan Britian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah akan membawa lebih banyak kelebihan buat Perancis.
Beliau berkata demikian di Paris selepas syarikat penghantaran FedEx Corp mengumumkan pelaburan sejumlah 1.4billion Euro di Perancis. FexEx berhasrat bagu menggandakan kapasiti aktiviti logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di pinggir bandar Roissy.
Melalui projek yang akan dijangka siap pada tahun 2019 itu, negara itu meramalkan peningkatan sebanyak 200 hingga 400 jumlah pekerjaan yang baru.
Memetik kenyataan Hollande lagi, Perancis bukan mahu merampas apa yang telah dimiliki oleh Britain selama ini. Namun, Britain perlu menanggung segala sebab dan akibat diatas keputusan Brexit tempoh hari.
Semenjak undian Brexit pada Jun lalu, kebanyakan negara EU mula mengambil kesempatan dengan menarik minat pelabur ke negara-negara yang mempunyai akses ke parasan tunggal itu.
Pengasas Moshed.com Kongsikan Cara Pengurusan Akaun Sebagai Seorang Full Time Forex Trader