Harga minyak menyusut pada hari Rabu dalam perdagangan tenang di Asia untuk melihat sejauh mana ahli OPEC dan bukan OPEC menjalankan perjanjian pembekuan bekalan bermula tahun depan.
Selain itu, harga WTI mentah dan telah merosot sebanyak 13 sen kepada $53.77 selepas meningkat hampir 88 sen pada sesi sebelumnya.
Semenjak pertengahan November lalu, harga WTI mentah telah meningkat sebanyak 25 peratus.
Dalam masa yang sama, brent mentah antarabangsa diniaga meningkat sebanyak 93 sen lebih tinggi pada $56.09.
Sesi dagangan minyak mula dicatat perlahan menjelang Tahun Baru 2017.
Pasaran juga sedang dalam proses tunggu dan lihat permulaan proses perlaksanaan perjanjian yang telah dimaterai sebelum ini antara ahli OPEC dan bukan OPEC yang dijangka akan dimulakan pada 1 Januari nanti.
OPEC dan pengeluar utama berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari dengan Arab Saudi dikatakan bersetuju untuk menanggung sebahagian besar dari pemotongan bekalan.