Yen menguat sejurus selepas pengumuman pakej rangsangan ekonomi baru oleh Abe. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi Jepun yang kian lembab. Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe selepas mesyuarat kabinet.
Pakej tersebut mengandungi perbelanjaan langsung bernilai kira-kira 7.5 trillion yen untuk jangka masa 2 tahun akan datang.
Menurut penganalisis pasaran, jumlah rangsangan bernilai 28.1 trillion yen itu termasuk perkongsian awam dan swasta, serta jumlah lain yang tidak boleh memberi rangsangan segera terhadap pertumbuhan ekonomi Jepun.
US Dollar mencecah paras terendah iaitu 101.53 berbanding yen. Angka ini merupakan nilai terburuk sejak 11 Julai.
Sementara itu, kebanyakan pelabur masih menanti keputusan data utama Amerika Syarikat pada lewat hari ini untuk menilai keadaan ekonomi semasa. Laporan itu dianggap penting bagi melihat sama ada ekonomi terbesar itu cukup kuat untuk sebarang kenaikan kadar pada akhir tahun ini.
Jabatan perdagangan AS akan mengeluarkan laporan berkaitan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bagi bulan Jun, termasuk pedapatan peribadi dan perbelanjaan bagi bulan yang sama pada 8:30 malam ini.
Motivasikan petang anda dengan kisah ini. Ini bacaan petang yang amat bermanfaat!