Harga minyak mentah meningkat semula pada sesi Asia berikutan pengukuhan semula sentimen pembekuan bekalan.
Sementara itu, minyak mentah bagi penghantaran Oktober di New York Merchantile meningkat 0.20% setong.
Sementara itu, data rasmi stok simpanan AS daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat akan dikeluarkan pada Khamis.
Semalam, harga minyak turun mendadak selepas perjanjian antara Arab Saudi dan Rusia tidak membantu dalam menstabilkan pasaran.
Brent spike lebih 5% pada hari Isnin sehingga mencecah $49.40 selepas Arab Saudi dan Rusia menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong pasaran.
Dua pengeluar minyak terbesar dunia itu berkata, mereka akan menubuhkan satu gerak kerja bagi memantau pasaran minyak dan mengemukakan cadangan dalam menggalakkan kestabilan pasaran.
Menteri Minyak Arab Saudi Khalid al-Falih dan rakan sejawatannya dari Rusia, Alexander Novak, akan bertemu di Algeria akhir bulan ini dan di Vienna pada bulan November bagi membincangkan isu yang melanda pasaran komoditi ini.
Jangan Mimpi Nak Berjaya, Kalau Perkara Ini Pun Anda Tak Dapat Buat!