Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3087 ke serendah C$1.3002, sebelum menutup sekitar paras C$1.3086; setelah harga minyak dan pasaran niaga hadapan merosot. Iran diberitakan akan terus meningkatkan pengeluaran minyak dan eksport sehingga ia mencapai kedudukan pasaran sebelum sekatan, menurut Menteri Minyak Sheikh Zanganeh yang dipetik oleh agensi berita Mehr bau-baru ini.
Bloomberg pula memetik Timbalan putera mahkota Mohammed bin Salman dari Arab Saudi sebagai berkata, Riyadh akan bersetuju untuk membekukan tahap pengeluaran minyak mentah hanya jika Iran dan pengeluar utama yang lain berbuat demikian. Lebihan global telah menarik harga minyak ke bawah sebanyak 70% sejak 2014. Minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada disamping kayu balak, banyak mempengaruhi nilai Loonie.
[adrotate group=”6″]
Dollar AS terus pulih selepas kerugian minggu lepas, walaupun ia menunjukkan tindak balas yang sedikit terhadap laporan NFP yang lebih baik daripada jangkaan pada hari Jumaat. Dollar masih bertahan semalam, selepas laporan data pekerjaan AS yang terbaru, gagal untuk mengalihkan pandangan meluas bahawa Federal Reserve AS akan terus berhati-hati dengan kenaikan kadar pada tahun ini.