Minggu akan datang, para pelabur akan memberi tumpuan penuh kepada ucapan Janet Yellen di Jackson Hole pada jumaat nanti.
US Dollar dijual dengan ketara dan memerlukan sentimen untuk berubah arah. Jadi Yellen perlu mengeluarkan kenyataan yang hawkish bagi memastikan kekuatan US Dollar kembali.
Dan sudah tentu, ramai pelabur mahukan kemungkinan berlakunya kenaikan interest rate tahun ini.
Laporan NFP yang positif akan datang juga diperlukan untuk perkara itu berlaku. Pun begitu, dijangkakan tiada kenaikan akan berlaku pada September mahupun November.
Jika Fed mahu menaikkan rate tahun ini, kemungkinan adalah beberapa hari sebelum Krismas, di saat orang ramai sibuk membeli belah untuk menyambut perayaan tersebut.
Disember masih lagi 4 bulan daripada sekarang, selagi data-data yang keluar kurang enak maka USD akan dilihat meneruskan penurunan atau dalam keadaan sideway. Sekiranya berlakunya kenaikan, ia hanyalah dengan kesan yang sangat lemah.
Klik sini untuk baca kenapa anda mungkin jadi seorang trader gagal.