Data Makro di UK
Dengan kekurangan data berimpak besar pada hari Selasa akan menyebabkan para pelabur memberi tumpuan kepada pergerakan pound dengan jangkaan data pembuatan dan juga imbangan perdagangan UK akan memberi petunjuk baru terhadap kekuatan ekonomi UK.
Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan pembuatan untuk bulan Ogos lebih perlahan pada paras 0.2% berbanding bulan sebelumnya 0.5%. Manakala pertumbuhan industri dijangka kekal di paras 0.2%.
Imbangan perdagangan UK yang mengukur perbezaan antara bacaan import dan eksport barangan serta perkhidmatan dijangka akan mengecil kepada £11.20 billion pada bulan Ogos berbanding £11.58 billion yang dikeluarkan pada bulan Julai.
GBP/USD naik 0.65% kepada $1.3156 pada jam 9.20 pagi
Fokus Kepada Ucapan Pegawai Fed
Para pelabur akan meneliti ucapan daripada ahli FOMC, Robert Kaplan dan Neel Kashkari pada hari ini yang mana dijangka akan memberikan lebih banyak petunjuk kepada pandangan dan unjuran monetari bank pusat sebelum minit mesyuarat FOMC bulan September dikeluarkan pada pukul 2 hari Khamis.
Kashkari sebelum ini mengatakan Fed telah melemahkan pergerakan inflasi dengan mengetatkan polisit terlalu awal daripada yang sepatutnya, dan menggesa supaya bank pusat kekalkan kadar faedah sehingga inflasi PCE menghampiri 2 peratus.
Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.12% kepada 93.44