Gabenor Fed AS, Lael Brainard berkata pada Isnin bahawa pasaran masih lagi berteka-teki sama ada ekonomi Amerika Syarikat benar-benar telah mencapai guna tenaga penuh atau masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam pasaran berkenaan.
Angka pengangguran yang dicatat pada bacaan 4.4 peratus dianggap rendah bagi sesebuah ekonomi. Justeru, kebanyakan pegawai menyamakan keadaan ini dengan guna tenaga yang penuh. Walaupun begitu, keadaan ini tidak diterjemahkan kepada kenaikan inflasi, sekali gus menunjukkan bahawa masih terdapat pelbagai ruang untuk penambahbaikan di dalam pasaran pekerjaan.
Menurut Brianard, masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa pasaran buruh telah kembali pulih daripada kemelesetan walaupun terdapat momentum menaik dari pasaran tersebut baru-baru ini.
Tambah Brainard lagi, pasaran masih tidak dapat melihat kemajuan di dalam data inflasi teras, malahan penurunan pada bulan Mac buat kali yang pertama sejak 2010 berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Brianard juga tidak membincangkan secara jelas mengenai prospek kenaikan kadar pada bulan Jun, tetapi lebih mengambil berat kepada keadaan kesihatan semasa pasaran buruh.
Trump Mencadangkan Penjualan Rizab Minyak AS, Pasaran Komoditi Hitam Menjunam!