Dollar Australia dan New Zealand didagang lebih rendah berbanding US dollar pada Rabu berikutan data inflasi yang lemah dari Australia. Permintaan bagi matawang US Dollar juga masih disokong dalam sesi ini.
AUD/USD menjunam sebanyak 0.66 peratus kepada 0.7532, iaitu nilai yang paling rendah sejak 20 Januari lalu.
Terdahulu pada Rabu, Biro Perangkaan Australia telah mengeluarkan laporan bahawa indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.5 peratus pada suku keempat tahun 2016. Data ini juga agak mengecewakan kerana pasaran menjangkakan peningkatan sebanyak 0.7 peratus.
Sementara itu, NZD/USD merosot sebanyak 0.29 peratus dalam sesi ini selepas melonjak ke paras yang lebih tinggi sebelum ini.
US Dollar telah menjunam selepas menarik diri dari perjanjian TPP pada Isnin, sekali gus menjauhkan Amerika dari sekutu Asia.
US Dollar Index yang melawan enam matawang utama pula kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.11 peratus selepas menjunam sehingga 99.89 pada Selasa.
Lonjakan Mengejut Data Perdagangan Jepun Membantu Pengukuhan Yen