Saham Asia bercampur dalam pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan jumlah dagangan yang sedikit pada akhir tahun.
Indeks MSCI terbesar di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun naik sedikit sebanyak 0.1% ke paras tertinggi sejak akhir bulan November.
Peningkatan harga minyak dan logam mendorong peningkatan saham Asia, sekaligus mengatasi kerugian di Wall Street akibat kejatuhan saham Apple.
Saham Australia naik 0.1% pada hari Rabu ke paras tertinggi didirong oleh peningkatan dalam sektor pembuatan dan tenaga.
Indeks Nikkei 225 Jepun naik sedikit sebanyak 0.07% selepas mengalami tekanan pada sesi sebelumnya.
Di Korea Selatan, indeks Kospi jatuh 0.41%. Saham-saham di sektor teknologi mengalami peningkatan setelah mencatat kejatuhan akibat aktiviti jualan oleh pelabur. Manakala sektor automotif mencatat kejatuhan.
Di Malaysia, bursa Malaysia melonjak naik daripada penurunan semalam walaupun dihimpin ketidak tentuan dalam pergerakan pasaran serantau. Peningkatan ini didorong oleh rangsanga daripada pemintaan dalam saham tinggi.
Pelabur Asia memberi tumpuan pada data perkembangan industri China yang akan dijadikan sebagai indikasi pertumbuhan ekonomi dunia.