Menurut CEO Bitcoin Indonesia , Oscar Darmawan berpendapat bahawa bitcoin tidak sesuai untuk dijadikan sebagai alat transaksi.
Menurut kenyataan beliau pada 13 Disember, matawang lokal adalah alat pembayaran yang sesuai dan sah sebagai mendium transaksi.
Pada 19 September 2017, Bank Indonesia (BI) melarang penggunaan bitcoin sebagai medium pertukaran/transaksi. Hal ini termasuk pengunaan Bitcoin sebagai medium transaksi adalah tidak sah.
Oscar berpendapat matawang digital itu sebenarnya adalah aset digital dan terbukti ketika ini bitcoin lebih berfungsi sebagai komoditi/aset. Tambah beliau, Bitcoin memiliki prospek yang sama dengan emas. Beliau melihat, pelabur cenderung membeli Bitcoin sebagai aset pelaburan.
Bitcoin merupakan salah satu inovasi pelaburan bagi masyarakat, seiring dengan perkembangan teknologi.
Dalam masa yang sama, beliau turut memperingatkan bahawa bitcoin memiliki risiko yang tinggi kerana fundamentalnya belum jelas dan ketika ini ia bergantung pada permintaan dan penawaran pelabur.
Harus diingatkan bahawa, bitcoin dan emas memiliki ciri-ciri yang berbeza. Sandaran dan penawaran, emas dan bitcoin juga jauh tidak sama. Justeru, tidak boleh untuk kita samakan cara operasi emas dan bitcoin di pasaran.
Kini, beberapa pendiri syarikat gergasi dunia seperti Apple,Microsoft dan Amazon turut mendukung perkembangan teknologi ini,
Menurut beliau, perdagangan bitcoin itu kini dikuasai oleh negara Jepun kemudian diikuti Korea Selatan dan selainnya.
Baca disini untuk lebih lanjut ; https://intraday.my/adakah-bitcoin-itu-satu-matawang-atau-satu-aset-pelaburan-ini-pendapat-pakar/