US Dollar didagang tidak stabil pada Selasa selepas menjunam berbanding Yen berikutan pendirian Donald Trump terhadap dasar imigresn mencetuskan kebingungan dalam kalangan pelabur.
US Dollar merosot 0.1 peratus kepada 113.670 Yen selepas jatuh lebih 1 peratus semalam.
Peningkatan sederhana dalam Hasil Perbendaharaan AS tidak banyak membantu US Dollar untuk kembali bangkit berikutan bebanan berikutan perdagangan perlindungan dan dasar imigresen oleh Trump yang dianggap sukar.
Tamparan terhadap matawang tersebut memuncak setelah Trump mengarahkan pengharaman sementara terhadap pelarian dan individu dari tujuh negara Islam.
Menurut Ketua Strategi Matawang di Mizuho Securities, Masafumi Yamamoto, Trump memberi pengaruh besar terhadap hala tuju matawang. Justeru, keputusan Bank of Japan tidak menjadi tumpuan utama buat pasaran minggu ini.
Bank Pusat Jepun dijadual akan mengumumkan keputusan dasar yang bakal bermula pada Selasa dan bakal berlangsung selama dua hari dengan jangkaan pengekalan dasar.
Dalam sesi ini, Euro kekal pada paras $1.0707 setelah menjunam ke paras terendah dalam tempoh 11 hari pada Isnin. Sokongan matawang ini disebabkan oleh data harga pengguna di Jerman yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun dan menghampiri sasaran kestabilan harga Bank Pusat Eropah di bawah angka 2 peratus.
Pound meningkat sebanyak 0.1 peratus pada $1.2502 menjelang mesyuarat dasar Bank of England pada Khamis.
Dollar Australia menambah sebanyak 0.15 peratus kepada $0.7564, sekali mencatat keuntungan buat hari ketiga berturut-turut berbanding US Dollar.
Dollar New Zealand meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada $0.7293, mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 11 minggu.
Sentimen & News Penting Sepanjang Minggu Ini (30 Januari – 3 Februari 2017)