Indeks harga pengguna UK pada bulan Julai jatuh 0.1%, dengan jangkaan tiada perubahan pada kadar untuk bulan tersebut. Data tahun ke tahun tidak berubah 2.6% berbanding walaupun pasaran menjangkakan peningkatan kepada 2.7%
Harga teras pula kekal dengan data tahun ke tahun tidak berubah di paras 2.4% berbanding jangkaan 2.5%
Pada bacaan bulanan, harga petrol yang menurun menjadi salah satu impak terbesar menghalang kenaikan harga pada bulan Julai. Harga komunikasi juga jatuh manakala harga perumahan dan kos perkhidmatan isi rumah seperti gas dan elektrik terus meningkat.
Data harga pengeluar pula meningkat kepada 3.2% berbanding 3.1% bulan sebelumnya, dan tekanan harga borong dijangkakan hanya bersifat sementara.
Laporan-laporan data inflasi kekal menjadi tumpuan utama kerana impaknya terhadap polisi bank pusat England (BoE) dan jangkaan pasaran di masa hadapan.
Tiada perubahan yang besar terhadap jangkaan inflasi sejak laporan bulan November lepas, namun bank pusat akan sentiasa mengawasi tren terutamanya jika terdapat sebarang potensi yang mengubahkan hala tuju pasaran jika kenaikan kadar inflasi melepasi paras 3.0%
Data-data inflasi yang merosot telah menimbulkan keraguan dikalangan para pelabur tentang potensi kenaikan kadar faedah Bank England tahun ini.
Walau bagaimanapun, tekanan daripada perbezaan harga yang besar dijangka akan meningkatkan kembali paras inflasi pada bulan seterusnya
Laporan data inflasi UK jam 4.30 petang tadi menekan pounde sterling kebawah dengan pasangan matawang GBP/USD susut ke paras terendah 5 minggu lalu, menghampiri 1.2910 sebelum pulih sedikit manakala EUR/GBP pula cuba menguji paras resistance di 0.9100