Dolar kekal kukuh berbanding matawang utama lain pada hari Jumaat, berundur sedikit daripada paras tertinggi sebulan lalu yang berjaya dicapai minggu ini berikutan para pelabur masih dengan yakin dengan padangan dasar Federal Reserve di masa hadapan, dan juga optimis dengan pelan pembaharuan cukai Trump.
Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain (Yen, Euro, Pound, dolar Kanada, Swiss Franc, Krona Sweden), naik 0.10% kepada 93.04 pada jam 10 pagi, sedikit menyusut daripada ketinggian 93.66 yang di capai pada hari Khamis yang lalu.
Secara keseluruhannya, indeks dolar meningkat sebanyak 1.1 peratus, merekodkan kenaikan mingguan tertinggi sejak Disember lepas.
Dolar mengukuh disebabkan oleh harapan reformasi cukai US dapat dilaksanakan, serta ulasan daripada pengerusi Fed, Janet Yellen yang menegaskan perlunya kepada kenaikan kadar secara beransur-ansur.
“Para pelabur mungkin sedang mengambil keuntungan daripada momentum kenaikan dolar”, kata Stephen Innes, ketua pelaburan Oanda Asia Pasifik di Singapura.
“Perkara ini juga menunjukkan bahawa kita pernah lalui jalan untuk memperbarahui cukai sebelum ini, dan saya tidak fikir hal ini akan berjalan dengan mudah. Akan berlaku banyak perubahan dan perbahasan”, tambah beliau lagi.
Presiden US, Donald Trump mengusulkan rombakan cukai terbesar US dalam tempoh 30 tahun ini, mencadangkan pemotongan cukai untuk kebanyakkan rakyat Amerika.
Yen turut melemah berbanding dolar, naik 0.25 peratus kepada ¥112.58. USD/JPY berjaya mencapai paras tertinggi 2 tahun setengah yang lalu pada hari Rabu di sekitar harga ¥113.26.
Hari ini pelabur akan memberi tumpuan bacaan indeks perbelanjaan individu (PCE) Amerika bagi bulan Ogos
Euro stabil berbanding dolar dengan EUR/USD berada di paras 1.1780 selepas berjaya keluar daripada paras terendah 1.1717 pada hari Rabu yang lalu. Pengukuhan euro pada sesi lepas disokong oleh jangkaan pengurangan pembelian bon oleh ECB serta kebimbangan pada ketidaktentuan politik yang semakin pudar.