Ekonomi Australia bertumbuh dengan kadar perlahan berbanding jangkaan bagi suku tahun ketiga walaupun pelaburan perniagaan swasta dan infrastruktur kerajaan menunjukkan pertumbuhan yang besar.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia (ABS) gross domestic product (gdp) negara tersebut mencatat pertumbuhan 0.6% pada suku tahun ketiga. Namun bacaan ini sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.7% dan lebih rendah daripada pertumbuhan suku tahun kedua yang mencatat bacaan 0.9%.
Berdasarkan kiraan tahunan, gdp Australia meningkat kepada 2.8%, sedikit rendah berbanding jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan tahunan gdp pada 3%.
17 daripada 20 industri mencatat perumbuhan pada suku tahun ketiga didorong oleh perkhidamatan professional, sains dan teknikal. Eksport hanya menyumbang mendatar terhadap pertumbuhan walaupun terdapat peningkatan yang besar dalam besi dan arang batu.
Menurut penganalisis terdapat tanda-tanda bahawa pelaburan perniagaan semakin baik dan laporan data Capex yang dikeluarkan pada minggu lepas juga menunjukkan indikasi yang sama.