Semalam harga emas jatuh dengan kerugian lebih $10 selepas pengumuman FOMC serta unjuran ekonomi baru Fed dikeluarkan. Greenback melonjak dan hasil bon-US melonjak mencecah paras tertinggi yang baru.
Seperti yang dijangkakan, Fed akan mengekalkan kadar faedah bulan ini, dan mengumumkan pengecilan pegangan bon mereka bermula bulan Oktober depan. Menurut Fed juga, badai taufan yang menimpa US beberapa minggu yang lalu dilihat tidak memberi kesan pada ekonomi dalam tempoh masa sederhana.
Emas yang disandar dengan dolar (XAU/USD) semalam didagang pada $1,313, paras tertinggi, jatuh ke paras terendah mingguan hari ini, $1,299.77. Harga emas setakat jam 12.45 petang susut -1.07% atau $14.12 kepada 1,302.28 per auns.
Harga emas kini masih ditekan, bergerak sekitar zon support $1,300/05, dan perlu menembusi harga $1,320 supaya mendapat sokongan harga yang baru untuk naik semula ke atas. Jika harga kekal di bawah $1,300, emas dijangka akan jatuh lebih jauh.
Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.
Intrumen safe haven sering mendapat permintaan tinggi apabila berlakunya risiko-risiko geopolitik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global kerana nilai emas yang kalis inflasi.